F Dikecam kerana poster X-Men 'ganas' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dikecam kerana poster X-Men 'ganas'

STUDIO 20th Century Fox memohon maaf selepas poster yang menampilkan penjahat filem 'X-Men: Apocalypse' yang mencekik seorang pelakon wanita dikecam di laman sosial.

Selain permohonan maaf, studio berkenaan juga menarik semua poster yang menampilkan aksi tersebut.

"Dalam keterujaan kami untuk menampilkan keganasan watak jahat Apocalypse, kami tidak menyangka kesan buruk yang akan timbul," kata kenyataan dari Fox.

Poster tersebut dikecam kerana didakwa menggalakkan keganasan terhadap wanita.

"Kami sedar bahawa perbuatan kami tidak sensitif, dan kami telah menarik semua poster berkenaan dari promosi.

"Kami meminta maaf atas perbuatan kami dan tidak menggalakkan keganasan terhadap kaum wanita," akhiri Fox.

Selain menggalakkan keganasan, poster tersebut juga dikutuk kerana terlalu seksis.

"Adakah menarik poster utama X-Men menunjukkan Jennifer Lawrence dicekik?" kata Gabriela di Twitter.

Walaupun begitu, kecaman netizen terhadap poster tersebut tidak menjatuhkan populariti filem tersebut.

X-Men: Apocalypse kini sudah mengutip sebanyak AS$285 juta (RM1.1 trilion) di pawagam seluruh dunia.
Powered by Blogger.