F Didie Alias tampil beri nasihat kepada pelakon baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Didie Alias tampil beri nasihat kepada pelakon baru

Menyedari lambakan bintang baru dalam bidang lakonan hari ini, selaku pelakon senior Didie Alias mengakui dia agak kurang selesa dan senang dengan pendatang baru yang tidak mempunyai sikap ramah apabila bergaul di lokasi penggambaran.

Tambah Didie yang sudah beberapa kali merasai pengalaman seperti itu, berkata, pendatang baru perlu cuba menegur dan beramah mesra dengan pelakon lama. Ini kerana satu hari nanti kita pasti akan bekerjasama lagi.

Dalam pada itu, pengacara komedi popular mengulas lanjut, tanpa usaha yang gigih di zaman sekarang adalah sangat mudah untuk mereka bergelar artis dengan menggunakan platform media sosial untuk menonjolkan diri.

Betul kata Didie meskipun kita baru dalam dunia seni tanpa mengira dalam bidang apapun yang kita ceburi, sikap seperti hormat menghormati dan saling bertegur-sapa itu penting. Jangan takut, pandai dan kena pada caranya mesti orang suka, betul tak?
Powered by Blogger.