F Diana Amir & anak dapat tajaan baju raya dari Melinda Looi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diana Amir & anak dapat tajaan baju raya dari Melinda Looi

Umum sudah pun tahu bahawa pengacara muslimah, Diana Amir kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup bersama suami Habib Bullah A.Rahman dan usia kandungannya sudah memasuki minggu yang ke sembilan.

Menyedari berita baik itu sebaik pulang dari program kembara di Sepanyol, Diana memberitahu, pada peringkat ini dia tidak mengalami alahan yang teruk berbanding pengalaman semasa mengandungkan anak pertamanya, Khawlah Al-Azwar, berusia setahun.

“Alhamdulillah bakal menimang cahaya mata kedua kali ini, saya tidak alami alahan yang teruk. Dalam pada itu, saya juga tidak kisah jika dikurniakan bayi lelaki mahupun perempuan. Bagi saya anak itukan rezeki, semua pasti yang terbaik, yang penting doakan anak saya sihat, insyaAllah,” ujarnya ringkas ketika dihubungi semalam.

Kebiasaannya, selebriti kita apabila sudah mengetahui jantina anak, mereka lebih selesa untuk tidak mendedahkan jantina atas sebab tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi empunya diri Diana lebih terbuka untuk berkongsi dengan semua orang.

“Saya tidak kisah, tapi seperti anak pertama saya sebelum ini bila sudah lahir baru saya maklumkan jantinanya, sekadar untuk kepastian,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan raya pula, Diana berkata, dia dan anaknya sudah pun siap dengan mendapat tajaan oleh Melinda Looi.

“Alhamdulillah untuk persiapan raya tahun ini, saya dan anak ditaja oleh Melinda Looi. Selain itu, pada kali ini mungkin lebih kepada persiapan duit-duit raya untuk anak-anak buah dan saya akan beraya di rumah saudara-mara di sekitar Kuala Lumpur,” terangnya yang juga akan beraya di rumah mentuanya di Shah Alam, Selangor.

Dalam perkembangan lain Diana akan terlibat dengan program Himpunan Artis Sayang Al-Quran (HASA) pada Isnin depan.
Powered by Blogger.