F Devamany tunggu perkenan Sultan Perak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Devamany tunggu perkenan Sultan Perak

"Saya hanya menunggu titah perkenan daripada Sultan Perak bagi mengadap dan melepaskan jawatan secara rasmi,"

Itu kata Speaker Dun Perak, Datuk Seri SK Devamany berhubung perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakannya untuk melepaskan jawatan berkenaan secara adalah bertepatan dengan janjinya dahulu setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC, tahun lalu.

"Saya telah berjanji untuk kepaskan jawatan bila menang nanti. Kini saya akan tunaikan.

"Tetapi saya kena hormat kepada pihak yang telah merestui perlantikan saya sebagai speaker Dun Perak.

"Pertamanya, perkenan daripada Sultan Perak, restu daripada Menteri Besar serta barusan kepimpinan BN Perak," katanya.

Devamany berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri anjuran MIC Sungai Siput di Masjid India Muslim, Sungai Siput petang tadi.

Dalam pada itu, Devamany berkata, pihaknya berharap kerusi MIC dikekalkan bagi jawatan Speaker Dun Perak.

Katanya, peekara itu akan membantu kembalikan sokongan rakyat terutama kaum India kepada BN.

"Kedudukan MIC itu kami mohon sokongan agar parti ini menjadi parti ketiga terkuat dalam BN," katanya lagi.
Powered by Blogger.