F Datuk Fazley pegang amanah arwah ayah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datuk Fazley pegang amanah arwah ayah

Penyanyi dan chef terkenal, Datuk Fazley Yaakob memberitahu walaupun bidangnya kini lebih versatil kerana boleh mengacara, menyanyi dan juga tukang masak profesional. Amanah arwah bapa masih lagi segar dalam ingatannya.

"Sekarang ini kalau lihat saya dah mengikuti beberapa bidang seperti tukang masak profesional, penyanyi, pengacara dan juga pakar motivasi. Namun pesan arwah bapa saya masih tidak dilupakan dan akan saya pegang sampai bila-bila pun.

"Pesan ayah kepada saya agar tidak sesekali meninggalkan dunia seni suara, malah ayah juga menjadi antara individu paling tegar menyokong karier saya sejak munculnya lagu Asmara Ini 12 tahun lalu," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

“Ayah sempat juga berpesan supaya menjaga bidadarinya yang ditinggalkan. Bidadari itu adalah ibu. Saya berjanji menjaganya sehingga 200 peratus, tanggungjawab itu akan dipikul sehabis baik kerana saya anak sulung daripada empat beradik,” katanya.

Menyentuh soal kerjayanya pula yang dilihat begitu padat dengan pelbagai bidang yang diceburinya, Fazley menyatakan ia bukanlah terlalu sukar untuk diuruskan.

“Semuanya berjalan seiringan. Rutin harian saya bermula pada sebelah pagi dengan memberi motivasi, tengah hari memasak dan petang menyanyi. Justeru di pejabat saya perlu tersedia tiga jenis baju, iaitu untuk memasak, membuat persembahan dan memberi motivasi," tuturnya.
Powered by Blogger.