F Datuk Adat di Rembau meninggal kemalangan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datuk Adat di Rembau meninggal kemalangan


Lembaga Suku Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung, Dato Perba Yahya Abd Ghani meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Pekan Chengkau, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, mangsa berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, berdasarkan siasatan awal kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Mercedes Benz dan juga kereta jenis Proton Waja.

"Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung insiden ini masih dijalankan.  Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat," katanya.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.20 petang.
Powered by Blogger.