F Cabai Wajib Ada di Meja - Acha Septriasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cabai Wajib Ada di Meja - Acha Septriasa

Seronok menjalani ibadah berpuasa bersama keluarga, penyanyi dan pelakon popular Indonesia Acha Septriasa, 26, turut berkongsi kebiasaan bagaiamana dia bersahur dan berbuka di rumah.

Pelantun lagu Berdua Lebih Baik ini mengaku sangat suka makanan pedas. Oleh sebab itu, menu masakan bercili wajib ada di meja makan setiap kali mereka sekeluarga bersahur dan berbuka.

"Kami sekeluarga memang suka pedas, jadi kalau tidak ada yang pedas tak mahu makan. Selalunya makanan manis kami kurang gemar," katanya seperti yang dilaporkan Detik.com

Selain itu, bintang filem 'Sabtu Bersama Bapak' itu juga berkata, keluarganya mengamalkan tradisi berjemaah dan bukan hanya dalam soal beribadah.

"Salah satunya kami sering makan makan bersama. Begitu juga solat. Lebih-lebih lagi rumah kami yang sekarang dekat dengan masjid, cuma dua puluh langkah. Jadi kami selalu ke masjid bersama-sama," katanya anak ketiga dari enam adik beradik ini.
Powered by Blogger.