F Bulan puasa Azhael utamakan keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bulan puasa Azhael utamakan keluarga

Azhael, satu nama kumpulan pasangan duo yang tidak asing lagi dalam dunia seni muzik. Berkongsi mengenai rutin Azhael pada bulan puasa tahun ini, masing-masing memberitahu masa banyak dihabiskan bersama keluarga.

"Ramadan tahun ini sama seperti tahun-tahun sudah, selalunya kita orang akan berbuka puasa dan pergi ke bazar Ramadan beramai-ramai dengan keluarga. Pendek kata keutaman lebih kepada keluarga dulu, bila dah masuk Ramadan ketiga atau empat barulah luangkan masa dengan berbuka puasa bersama kelab peminat dan kawan-kawan.

"Selain itu, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan beri makan minum kepada gelandangan. Kalau bukan bulan puasa kami masing-masing sibuk dengan kerjaya, jadi inilah masanya," ujar Mohd Azhar Osman (Azhar) ketika ditemui di rakaman Melodi Raya.

Sementara itu, bagi pemilik nama Hal Husaini Razmi (Hael) pula, harapan raya tahun ini
kalau boleh mahu memakai baju raya sedondon dengan ahli keluarganya, namun masih belum berkesempatan.

"Saya sebenarnya teringin nak konsep tema sama, tapi keluarga saya dah biasa dengan pakaian raya berlainan warna, mungkin akan cuba pada tahun depan. Bagi saya seronok bila bergambar akan nampak cantik dan sama.

"Aktiviti paling seronok ketika Ramadan, saya dan satu keluarga ramai-ramai akan pergi ke bazar Ramadan, jadi kemeriahan memang riuh pada waktu itu. Sebab ini sajalah peluang terbaik untuk kami semua bertemu semula. Bila dah pergi ke bazar kalau boleh setiap gerai kita orang nak beli tapi kenalah berjimatkan," kata Hael yang menggemari apam kek.

Dalam perkembangan lain, Azhael masih lagi dalam rangka promosi lagu terbaru berjudul Mencinta ciptaan Omar K, berentak balada.
Powered by Blogger.