F Buku Resepi Dato' Fazley Menang Anugerah Antarabangsa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Buku Resepi Dato' Fazley Menang Anugerah Antarabangsa

Buku resipi pertama tulisan Dato’ Fazley Yaakob memenangi tempat pertama di anugerah buku resipi antarabangsa.

Penyanyi-pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia ini telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul My Sucre Story pada bulan Mac 2016 di Singapura, dan sebelumnya pada bulan Oktober di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris tempat pengajian beliau sebelum ini.

Kini “My Sucre Story” telah menerima tempat pertama dalam sebuah pertandingan buku resipi antarabangsa anjuran Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding.

The World Gourmand Cookbook Awards ini seumpama upacara Oscars dan Olympic untuk para penulis-penulis buku masakan.


Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah (Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe), mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk 3 tempat teratas.

Ketiga-tiga penerima anugerah ini merupakan chef personaliti terkenal di negara masing-masing. Tahun ini, pengumuman untuk pertandingan ini diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana.

Pertandingan “Gourmand World Cookbook Awards” bermula pada tahun 1995 memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti. Pengumuman pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, kota Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol. Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku “My Sucre Story” adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi. Diantaranya merupakan resipi-resipi warisan Negeri Sembilan, tempat lahir Dato’ Fazley Yaakob.

Buku ini juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan baking untuk kali pertama.
Powered by Blogger.