F Bintang Program 'The Voice' Ditembak Mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bintang Program 'The Voice' Ditembak Mati

Penyanyi yang juga bekas peserta program The Voice 2014, Christina Grimmie terbunuh selepas ditembak mati selepas mengadakan konsert di Florida pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan Christina, 22, ditembak oleh individu tidak dikenali kira-kira pukul 10.45 malam ketika penyanyi itu berada di belakang pentas untuk bertemu peminat.

Bagaimanapun lelaki berkenaan membunuh dirinya dan mati ditempat kejadian selepas abang kepada Christina cuba menangkapnya.

Penyanyi yang mendapat tempat ketiga ketika menyertai The Voice itu dibawa ke sebuah hospital namun disahkan meninggal dunia pada 2.45 pagi akibat cedera parah.

Tiada mangsa lain yang cedera pada kejadian itu dan polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.
Powered by Blogger.