F 'Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan'

"Apabila diberitahu saya ke Manong, mereka terus tar jalan. Duit adalah segalanya,".

Demikian luah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kempen yang dijalankan BN di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, pimpinan BN turut beranggapan para pengundi akan mengundi mereka dengan penambahbaikan prasarana yang dilakukan itu.

"Inilah demokrasi ciptaan BN. Mereka fikir kalau bubuh tar berduyun-duyun datang mengundi (BN). Orang yang begini amalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Rakyat di Pekan Manong, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, pimpinan BN juga mengetahui krisis yang menimpa negara namun atas kepentingan peribadi mereka mendiamkannya.

"Kita hadapi masalah ekonomi dan politik. Mereka (pemimpin) tahu najib salah tapi demi kepentingan mereka teruskan menyokong Najib," katanya.

Katanya, meskipun  perubahan dari sudut pentadbiran kerajaan tidak berubah namun kemenangan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli menjadi signal rakyat menolak BN.

"PRK ini bukan dapat tukar kerajaan tapi ini dapat buktikan perasaan rakyat," katanya.
Powered by Blogger.