F Beyonce Miliki Kekayaan Bernilai RM1.1 bilion | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Beyonce Miliki Kekayaan Bernilai RM1.1 bilion

Nilai kekayaan Beyonce mencecah RM1.1 bilion pada tahun ini sekali gus meletakkannya pada kedudukan ke-56 Wanita Terkaya Dunia menerusi laporan tahunan pusingan kedua Forbes.

Pada usia 34 tahun, penerima 20 kali trofi Anugerah Grammy yang berada sebaris dengan Oprah Winfrey dan Tory Burch itu juga menjadi individu ketiga paling muda dalam senarai berkenaan.

Menerusi laporan majalah itu keluaran 30 Jun, selebriti lain yang menyusul selepasnya ialah Taylor Swift dengan nilai kekayaan 2016 berjumlah RM1.03 bilion untuk melayakkannya berada di tempat ke-60.

Penyanyi lagu Blank Space itu juga menjadi penyanyi termuda tahun ini yang layak duduk sebaris dengan jutawan wanita lain. Swift bakal menyambut ulang tahun ke-26, 13 Disember depan.

Personaliti hiburan dan gaya hidup lain yang dicatatkan bagi 2016 termasuk Oprah Winfrey yang menduduki tempat kedua, Madonna (25), Celine Dion (37), Barbra Streisand (38), Nora Roberts ( 42) serta Jessica Alba (juga 42).

Wanita Terkaya ialah Diane Hendrick iaitu pemilik ABC Supply selaku pengedar terbesar bahan untuk pembuatan bumbung dan dinding kediaman di Amerika Syarikat.

Anak penternak itu dikatakan memulakan perniagaan pada 1982 yang kini dianggarkan mempunyai kekayaan RM20.3 bilion hanya untuk tahun ini saja dan meletakkannya sebagai satu daripada 17 billionaire wanita dunia
Powered by Blogger.