F Berusaha jadi suami yang baik - Zahid AF | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berusaha jadi suami yang baik - Zahid AF

Penyanyi, Zahid AF atau nama penuhnya Zahid Baharudin, meluahkan rasa syukur dan gembira kerana sudah tiga tahun berjaya melalui bahtera rumah tangga. Ucap dan luahnya dimuat naik di akaun Instagramnya.

"Alhamdulillah sudah tiga tahun umur perkahwinan kita. Masih lagi berusaha untuk jadi suami yang baik untuk mama, jauh sekali untuk jadi yang terbaik.

"Tak sabar nak tua bersama mama dan tengok zareef membesar dengan mama. Terima kasih kerana menjadi mama yang terbaik untuk dedi dan zareef. Harap hubungan kita akan kekal sampai ke akhir hayat. Selamat ulangtahun pencuri hati saya Sarah Julifa.

"Sayang awak ketat-ketat macam getah ikat air tebu dekat pasar ramadhan. Muahciked!," luahnya.



Kakigosip doakan semoga perjalanan seterusnya akan terus bersabar dan saling mencintai antara satu sama lain. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Powered by Blogger.