F Berhijab Tak Halang Sherry Ibrahim Ligat Menyanyi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berhijab Tak Halang Sherry Ibrahim Ligat Menyanyi

Meskipun tampil dengan imej berhijab namun tidak menghalang pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim lincah di pentas nyanyian malah akuinya rezeki dalam bidang itu semakin murah lebih-lebih lagi selepas menyertai program realiti Gempak Superstar (GS) yang tamat pada April lalu.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33, begitupun dia perlu teliti dan mencari lagu yang betul-betul sesuai dengaan vokal dan imejnya.

"Alhamdulillah, rezeki undangan persembahan ada. Sebenarnya kalau ikutkan ramai orang lebih suka saya nyanyikan lagu rancak berbanding lagu berentak perlahan.

"Saya tidak ada masalah untuk menyanyikan lagu berentak sebegitu tetapi masih bersesuaian dengan imej saya. Tidak lah sampai saya terkinja-kinja sangat begitu juga dalam lakonan, saya tetap menjaga batas-batas," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Koleksi Benang Hijau, di Ampang, pada Rabu.

Dalam pada itu Sherry berkata, disebabkan sudah semakin biasa membuat persembahan pentas, sikit sebanyak membantu mengatasi masalah gemuruhnya. Dia juga kini dalam proses menyiapkan single pertama.

Dalam pada itu, bagi memperbaiki mutu vokalnya dia juga mengikuti kelas vokal.

"Sewaktu dalam GS saya selalu alami 'stagefright' tapi sekarang saya sudah bleh kawal dan lebih tenang ketika mahu memulakan persembahan.

"Sekarang ni saya dalam proses untuk muncul dengan single pertama, lagu berentak balada yang akan dilancarkan tak lama lagi.

"Disamping tu saya juga ikuti kelas vokal dengan cikgu Shahrul kerana sejak daripada GS lagi saya selalu rujuk pada dia, sampai sekarang un kalau saya ada persembahan saya selalu minta nasihat daripada dia dari segi vokal," tuturnya.

Mengenai perkembangan dalam dunia lakonan, Sherry berkata dia kini sudah memperlahankan aktiviti lakonan kerana mahu memberi tumpuan pada nyanyian.

"Berlakon buat masa ni, saya kurangkan sikit sebab nak fokus pada nyanyian. Tapi kalau ada tawaran dan tidak bercanggah dengan jadual nyanyia, saya terima

"Saya tidak ada masalah seimbangkan lakonan dan nyanyian. Misalnya saya terikat dengan komitmen penggambaran, saya tidak akan menerima apa-apa persembahan nyanyian," katanya.

Sementara berkongsi mengenai rutin sepanjang Ramadan ini, selain menjalani ibadah puasa dan tarawih, Sherry berkata, dia sering elibatkan diti dalam aktiviti kerja-kerja amal.

"Bulan puasa tahun ini saya lebih releks, tak sibuk dengan penggambaran. Tiada banyak sangat perubahan, sahur dan berbuka macam biasa. Saya kalau berbuka, ringkas saja, kalau air milo dan roti pun okay, sebab malas nak keluar ke bazaar. Tapi kalau bersahur, saya memang makan makanan berat, saya masak sendiri.

"Saya juga aktif libatkan diri dalam kerja-kerja amal. Alhamdulillah sejak berhijab ni, saya banyak terima pelawaan terlibat dengan kerja-kerja amal dan saya memang seronok dapat turut serta dalam aktiviti tersebut," katanya yang akan menyambut Aidilfitri nanti di Kuang, Selangor.
Powered by Blogger.