F Berdepan Tuduhan Laku Gangguan Seksual, YooChun Ambil Cuti Sakit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berdepan Tuduhan Laku Gangguan Seksual, YooChun Ambil Cuti Sakit

Ekoran kes dakwaan serangan seksual yang mengaitkan namanya, penyanyi dan pelakon Park Yoo Chun yang kini sedang menjalani latihan khidmat negara dan bertugas sebagai anggota penghidmatan awam telah memohon cuti sakit selama satu hari.

Laporan media menyebut, ibu pejabat Gangnam-gu Ward memaklumkan selebriti berusia 30 tahun itu sepatutnya masuk dan bekerja pada petang 14 Jun lalu namun disebabkan isu berkenaan, dia telah mengambil cuti sakit.

"Park Yoochun sepatutnya masuk kerja petang ini (semalam), tetapi disebabkan dia tidak sihat dan dengan penyebaran berita mengenai kes tersebut, dia membuat keputusan mengambil cuti sakit selama satu hari," kata sumber.

Yoo Chun menjalani latihan khidmat negara selama 22 bulan bermula sejak 27 Ogos tahun lalu.

Pada 13 Jun lalu, kecoh apabila tersebarnya berita anggota kumpulan JYJ ini didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Lee, berusia 24 tahun, pada 3 Jun lalu. Yoo Chun dikatakan melakukan perbuatan tersebut ketika gadis itu sedang berada di dalam tandas.

Kes setakat ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Powered by Blogger.