F Bazar Ramadan kecoh penjaja tak boleh berniaga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bazar Ramadan kecoh penjaja tak boleh berniaga

Hari pertama Ramadan, berlaku kekecohan di Bazar Lorong Raja Muda Abdul Aziz, apabila penjaja-penjaja berkeras untuk menjalankan operasi meskipun tidak mendapat permit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kawasan perniagaan berhampiran Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), itu mula dipenuhi penjaja sekitar jam 12 tengah hari yang sedang bersiap-siap untuk membuka gerai.

Bagaimanapun kehadiran anggota penguatkuasa DBKL, dan polis serta beberapa kenderaan DBKL, yang membuat kawalan di situ menyebabkan suasana agak tegang.

DBKL bagaimanapun hanya bertindak sebagai pemerhati, dalam masa sama, beberapa rundingan juga berlangsung namun DBKL tetap dengan keputusan tidak membenarkan operasi perniagaan di jalankan setakat jam 2.30 petang tadi.

Penjaja yang sudah bersiap sedia dengan bahan jualan masing-masing semakin ramai dan keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang penjaja yang mahu membuka gerai ditegur pihak DBKL agar mematuhi arahan.

Penjaja berkenaan bertindak membuang makanan yang telah dimasak ke atas jalan sebagai tanda protes terhadap larangan DBKL tidak membenarkan mereka beroperasi.

Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan penjaja-penjaja mula membuka gerai masing-masing tanpa mempedulikan larangan DBKL.

Hasil perbincangan bersama anggota penguatkuasa akhirnya membenarkan mereka beroperasi di tapak berkenaan kira-kira jam 3.30 petang, hanya untuk hari pertama sahaja dan tapak perlu dialihkan ke lokasi lain, terletak berhampiran medan selera, bermula esok.
Powered by Blogger.