F Bapa Minta Maaf Salman Samakan Diri Seperti "Wanita Yang Baru Dirogol" | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bapa Minta Maaf Salman Samakan Diri Seperti "Wanita Yang Baru Dirogol"

Kenyataan aktor Bollywood terkenal, Salman Khan baru-baru ini, yang menggambarkan cabaran dan kesukarannya menjayakan filem Sultan yang membuatnya merasa ibarat "seperti perempuan yang baru saja diperkosa", telah mengundang kemarahan netizen.

Berusaha meredakan kemarahan msyarakat, bapa pelakon bertubuh sasa itu iaitu Salim Khan tampil memberikan kenyataan, baru-baru ini.

Menerusi akaun sosial Twitternya, produser ternama itu meminta maaf bagi pihak anaknya itu yang dianggap bersalah kerana menggunakan ungkapan yang tidak kena pada tempatnya.

"Tidak dinafikan lagi, apa yang dikatakan oleh Salman memang salah. Perumpamaan, contoh dan isinya salah. Tapi niatnya tidak salah,"

"Tapi bagaimanapun, saya meminta maaf atas nama keluarga saya, peminatnya dan juga teman-temannya,", tulis Salim di Twitter.

Salman sendiri juga berusaha memperbetulkan kenyataannya dengan mengaku bersalah namun sayangnya, masyarakat tak menerima pengakuannya itu kerana terlalu marah dengan kenyataan awal pelakon itu.

Laporan media menyebut, ini bukan kali pertama Salim Khan meminta maaf kepada netizen atas kesalahan yang dilakukan oleh Salman. Sebelum ini beberapa kali Salman melakukan kesalahan dan bapanya yang meminta maaf.
Powered by Blogger.