F Baju Raya Tak Siap, Bukan Salah Sam & Syatilla | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Baju Raya Tak Siap, Bukan Salah Sam & Syatilla

Pasangan Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pelanggan yang gagal mendapat pakaian dari butik Elle Zada meskipun mereka adalah duta kepada produk syarikat itu.

Memetik laporan mStar online, Syatilla berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.

"Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.

"Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja," ujarnya

Baru-baru ini timbul isu ekorang tindakan orang ramai yang mengamuk di butik Elle Zada akibat tidak menerima pakaian yang ditempah sejak beberapa bulan lalu.

Selain itu, Syatilla dan Shaheizy Sam juga menerima kecaman di media sosial apabila pelanggan meminta pasangan ini bertanggungjawab dan memberi penjelasan tentang masalah yang berlaku.

Sementara itu, pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif,  meminta orang ramai tidak menyalahkan selebriti berkenaan atas masalah yang berlaku.

Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.

"Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal.

"Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih," ujarnya.
Powered by Blogger.