F Baim Wong Akui Pasrah Soal Jodoh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Baim Wong Akui Pasrah Soal Jodoh

Sejak kebelakangan ini, kisah percintaan pelakon kacak Baim Wong menjadi bualan hangat ramai bagaiamanapun aktor tampan ini sehingga kini mengakui masih belum menemui calon yang sesuai untuk dijadikan suri hatinya.

"Calon isteri akan ada apabila sudah tiba pada waktunya," kata Baim seperti yang dilaporkan Detikhot.com.

Sebelumnya, Baim mengaku sudah memiliki kekasih sampai malah dia ada memuat naik dirinya gambar menunjukkan dia sedang melakukan fitting baju perkahwinan.

"Saya sudah mencari, kalau belum ada sabar saja dulu," tuturnya pasrah.

Terdahulu, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 35, pernah menjalin hubungan dengan Pica Priscilla. Namun hubungan tersebut tidak berkekalan kerana perbezaan agama.

Baim juga pernah dikaitkan dengan pelakon cantik kelahiran tanah air, Elfira Loy. Spekulasi mengenai hubungan cinta antara mereka timbul apabila Baim turut hadir ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun kelahiran Elfira, tahun lalu.

Namun Elfira ketika itu memberitahu media bahawa bahawa hubungannya dengan Baim hanya sebagai teman baik dan belum ke tahap serius bercinta.
Powered by Blogger.