F Azwan Kombos & Ezzaty umum tarikh pernikahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azwan Kombos & Ezzaty umum tarikh pernikahan

Sudah tentunya ramai yang mengetahui bahawa pelakon Azwan Kombos dan pasangan pilihan hatinya Ezatty Abdullah tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujang mereka.

Ketika ditemui semalam, Azwan dan Ezzaty masing-masing berkongsi tarikh dan lokasi pernikahan mereka yang akan dilangsungkan pada minggu kedua Aidilfitri nanti.

"Perasaan saya sebenarnya bercampur suka dan terharu kerana tidak lama lagi akan menjadi hak orang. Sudah tentulah saya ada perasaan gemuruh juga.

"Saya tidak kisah dengan tanggapan negatif orang tentang kahwin muda ini, bagi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Malah, saya juga sebenarnya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Saya memang sukakan kanak-kanak, jadi saya berharap agar netizen dan peminat kami dapat mendoakan semoga selepas perkahwinan ini, andai diberikan rezeki awal untuk hamil saya bersedia," ujar Ezzaty teruja.
 
Tambah Ezzaty, 26, berkata, majlis pernikahan akan diadakan pada 16 Julai 2016 sebelah pagi dan resepsi persandingan pula sebelah petang pada hari yang sama, bertempat di kediamannya Bentong, Pahang. Manakala resepsi persandingan kedua pula akan diadakan pada keesokkan harinya bertempat di Kuala Lumpur.

Sementara itu, diajukan pula persoalan mengenai persiapan, Azwan turut berkata, persiapan sudah hampir siap dan hanya tinggal menunggu majlis berlangsung sahaja.

"Kami baru sahaja selesai urusan dari pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan persiapan majlis pernikahan dan persandingan boleh dikatakan sudah siap namun tinggal beberapa perkara kecil sahaja lagi untu diselesaikan,"terangnya teruja.
Powered by Blogger.