F Ayda Jebat Bersahur dan Berbuka Di Lokasi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ayda Jebat Bersahur dan Berbuka Di Lokasi



Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui jadual bulan puasanya memang agak padat sehinggakan tidak dapat rehat yang secukupnya, malah, berbuka puasa dan bersahur juga di lokasi penggambaran.

“Bulan puasa tahun ini nak cuti sebab Ramadan tahun-tahun sebelum ini sibuk, jadi dalam bulan puasa tak ada apa sangat yang dinantikan, sebab kita memang kerja dan harap kerja siap awal dan boleh balik awal ke kampung halaman di Merlimau, Melaka.

“Memang kurang rehat dan tak tidur sangat, sekarang ini orang cakap bila puasa lebih tertekan sebab drama sedang bersiaran di TV dan dalam masa yang sama kami masih lagi menjalani penggambaran untuk episod seterusnya, selain itu warga produksi dan editor pun nak editing lagi, jadi kami semua turut merasa tertekan.

“Tak ada istilah nak merungut pun, lagipun kerja seronok dan memang ini yang saya nak, pendek kata kena berbaloilah dengan apa yang kita akan dapat. Kita kena bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini.

“Bersahur dan berbuka pun di lokasi penggambaran, sehinggakan bila nak pergi bazar untuk mencari juadah puasa kita orang kena pujuk terlebih dulu dengan pengarah barulah dapat merasa. Sebenarnya minggu lepas hari Khamis barulah pertama kali saya dapat pergi ke bazar, kalau nak tahulahkan setiap bulan puasa memang akan sibuk dengan penggambaran drama dan tahun ini pula sibuk dengan penggambaran drama Assalamualaikum Cinta, jadi memang seronok sangatlah bila dapat lepas untuk pergi ke bazar Ramadan,” ujar Ayda yang menggemari juadah puasa murtabak dan air soya.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati ini lagi, waktu sahurnya juga terpaksa diawalkan kerana penat menjalani penggambaran hampir sehari suntuk.

“Saya terpaksa sahur awal sebab lepas penggambaran itu saya memang sudah penat dan tak larat,” jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya.
Powered by Blogger.