F Awie sah sudah bertunang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awie sah sudah bertunang

Sebelum ini industri dikejutkan dengan gosip kononnya vokalis kumpulan Wings iaitu Awie, sudah mengikat tali pertunangan pada awal Jun lalu dalam satu majlis tertutup. Namun Awie tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal itu.

Bagaimanapun, memetik dari sebuah portal hiburan berlainan, Awie mengakui bahawa berita yang tersebar sebelum ini adalah benar.

Menurut Awie, dia terpaksa mengunci mulut sebelum ini kerana menyifatkan perkara  itu sebagai peribadi dalam keluarga.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan bahawa majlis pertunangan secara tertutup telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu dan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Untuk rekod, Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan Rozana dan dikurniakan tiga orang anak masing-masing berusia tujuh, enam dan empat tahun. Selain itu, dua anak hasil perkahwinan terdahulu Awie juga tinggal bersama mereka.
Powered by Blogger.