F Aweera Khuatir Diri Terkena Ilmu Hitam Selepas Muntah Benang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aweera Khuatir Diri Terkena Ilmu Hitam Selepas Muntah Benang

Penyanyi Aweera mendedahkan dia mengalami demam dan batuk sejak tiga bulan lalu dan lebih merisaukannya apabila dia juga mengalami muntah hingga mengeluarkan benang.

Memetik laporan Astro Gempak, Aweera berkata, ekoran demam dan batuk yang berpanjangan, dia ada mendapatkan rawatan di klinik namun doktor mengesahkan kerongkong dan tonsilnya sihat.

"Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi. Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan”

"Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud. Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang Syirik dan Khurafat kerana saya tak pernah mempunyai musuh selama ini,” katanya.

Dalam pada itu Aweera memberitahu bahawa beliau sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas walaupun ketika latihan vokalnya suaranya baik sahaja. Pun begitu, beliau akui terpaksa melanggar arahan doktor untuk berehat kerana terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.
Powered by Blogger.