F Ashraf Muslim kongsi peristiwa menarik di tanah suci | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ashraf Muslim kongsi peristiwa menarik di tanah suci

Terkenangkan peristiwa indah semasa mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan, hero drama bersiri Mr Boss Miss Stalker, Ashraf Muslim memberitahu pada Sabtu ini akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Ashraf akan pergi tanpa ditemani ahli keluarganya.

“Kali pertama saya menunaikan ibadah umrah pada waktu itu juga di bulan Ramadan, jadi setiap kali tibanya bulan puasa ini saya memang selalu terkenangkan detik indah di sana. Sebelum pergi saya ada lalui beberapa halangan dan dugaan, ialah nama pun satu penghijrahan mesti ada dugaan dan ujian. Alhamdulillah ketika beribadah di sana Allah telah berikan balasan yang baik-baik.

“Di sana juga Allah tunjukkan bahawa orang yang kurang upaya mampu melaksanakan ibadah, mengapa tidak kita yang berupaya dan sihat tubuh badan tidak melaksanakannya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar atas segala yang kita mahukan, andai kita bersungguh-sungguh ke arah-Nya.

“Peristiwa menarik pada ketika itu, saya sedang duduk di hadapan Kaabah dan menunggu waktu untuk berbuka puasa. Di belakang saya ada bangsa Arab sedang menghidangkan buah tamar (kurma) yang nampak begitu lazat dan lain jenisnya.

“Keesokkan harinya saya berjalan dan mencari tamar itu namun tidak jumpa, walau bagaimanapun, semasa hendak berbuka puasa, bahu saya dicuit oleh orang Arab sambil menghulurkan buah yang saya inginkan, syukur tidak terkata rasanya nikmat itu,” ujarnya sambil tersenyum yang ditemui pada sesi jelajah program Jom Masjid rentetan dari sesi jelajah Bazar Syukur Selalu anjuran TV3 dan TV9.

Berkongsi mengenai peristiwa indah semasa mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan, Ashraf turut sudi menceritakan tentang peristiwa pernah tertinggal solat subuh dek kerana terlalu penat.

“Waktu bulan Ramadan di sana agak berbeza sedikit sebab saya selalu habiskan masa dan berbuka puasa di dalam Masjidil al-Haram, balik hotel sekadar untuk berehat dan mandi. Jadi, pernah terjadi peristiwa di mana saya terlepas waktu subuh. Saya bangun dalam keadaan yang menggigil satu badan, seterusnya saya melakukan solat sunat taubat dan cepat-cepat menggantikan solat subuh tadi.

“Pun begitu,  perasaan saya masih rasa tidak tenang dan berat sangat bebannya, perasaan itu hilang semasa saya dalam perjalanan balik dari berniat ihram untuk umrah seterusnya. Ketika tawaf saya hanya mampu mengucapkan syukur dan terima kasih ke atas Ilahi, sesungguhnya dia Maha Pengampun,” tuturnya mengakhiri perbualan.
Powered by Blogger.