F Apa hukum berus gigi pada bulan puasa? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Apa hukum berus gigi pada bulan puasa?

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.

Menurut Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook nya hari ini.

Dalam pada itu, Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah yang mengatakan bau mulu orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.

Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.

“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.
Powered by Blogger.