F Anton Yelchin Maut Dilanggar Kereta Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anton Yelchin Maut Dilanggar Kereta Sendiri

Bintang filem Star Trek Beyond, Anton Yelchin, 27, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut akhbar The Washington Post, polis berkata, Yelchin ditemui tersepit di antara kereta dan pagar di kediamannya pada 1 pagi (waktu tempatan).

Kejadian itu disedari rakan Yelchin yang datang ke rumahnya selepas pelakon itu tidak muncul untuk bertemu dengan mereka.

Ketika mayat pelakon terbabit ditemui, kenderaan itu diletakkan dalam gear 'neutral' manakala enjin masih hidup.

Bagaimanapun, polis mengesahkan kejadian itu bukan perbuatan khianat.

Yelchin terkenal dengan watak sebagai Chekov dalam sekuel baru Star Trek yang akan ditayangkan bulan depan.
Powered by Blogger.