F Anak Tidak Restu Rossa Rujuk Semula Dengan Bekas Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak Tidak Restu Rossa Rujuk Semula Dengan Bekas Suami

Meskipun sudah bercerai namun hubungan antara Rossa dengan bekas suaminya, Yoyo, masih baik. Terbaharu, kedua-duanya dikatakan bakal rujuk.

Namun Rossa dengan tegas menyankal tersebut dan menyatakan perkara itu tidak mungkin terjadi kerana anaknya, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 9 tahun, tidak memberikannya restu.

"Kadang-kadang saya suka bergurau dengan anak saya, 'Bagaimana kalau Mama nikah semula sama Bapak?' Anak saya berkata, 'Ih jangan, nggak-nggak!'," ujar Rossa seperti yang dilaporkan Detik.com.

Rossa juga menambahkan, hubungannya dengan bekas suami itu lebih baik selepas mereka bercerai. Sementellah keputusan berpisah adalah atas persetujuan mereka bersama-sama.

"Tidak pernah bertengkar semenjak berpisah. Kami pergi ke mahkamah bersama dan berbincang baik-baik, kerana rumah tangga yang kami bina sudah tidak mampu dipertahankan," katanya.

Terdahulu, Rossa berkahwin dengan Yoyo pada 18 Mac 2004. Sayangnya, tiga tahun membina rumah tangga pasangan itu memutuskan untuk bercerai.
Powered by Blogger.