F Anak pelakon Afzan Rahman pelapis muda pasukan JDT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak pelakon Afzan Rahman pelapis muda pasukan JDT

Anak kepada pelakon Afzan Rahman, 33, merupakan salah seorang pelapis muda bagi pasukan bola sepak JDT.

Berkongsikan hal tersebut, Afzan berkata, dia berasa bangga apabila anak sulungnya, Muhammad Haikal telah diterima masuk ke sekolah bola berasrama penuh Johor Darul Takzim 7 (JDT7).

"Saya masih belum sempat untuk berbuka puasa lagi dengannya, agak sedih jugalah. Tapi bila saya pulang ke sana, saya akan bawa dia keluar dan belikan barangan keperluan,” ujar Afzan.

Untuk rekod, sebelum ini Afzan pernah berkahwin pada 2000 dan kemudiannya bercerai pada tahun 2003. Hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Haikal, 13. Seterusnya Afzan bernikah pula dengan pasangan baru pada 2014   dan dikurniakan permata hati perempuan bernama Anggun Carissa, kini berusia dua bulan.

Dalam perkembangan lain, Afzan bakal muncul di kaca TV menerui drama bersiri 20 episod di TV9 Terlarang Sudah Rinduku.

Pun begitu, walaupun sudah lama berlakon namun namanya masih agak kurang dikenali.

"Saya ada juga muncul dalam beberapa drama. Tapi iyalah, siapa pula akan perasan lakonan saya sebab adakalanya drama-drama yang saya berlakon akan disiarkan pada waktu yang orang jarang tonton. Kebiasaannya orang akan tonton TV pada waktu balik kerja ataupun disiaran slot-slot utama.

“Bagaimanapun, saya tidak pernahlah untuk merasa kecil hati, bagi saya semua ini rezeki Allah yang bagi,” jelasnya Afzan ketika ditemui pada program Ihya Ramadhan Selebriti KITA.

Mengenai raya pula, Afzan memberitahu dia akan balik beraya di Taman Dahlia, Johor.
Powered by Blogger.