F Aktor Popular Sudah Punya Anak Hasil Hubungan Dengan Jurusolek? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aktor Popular Sudah Punya Anak Hasil Hubungan Dengan Jurusolek?

Ketika peminat hiburan KPop kini masih lagi hangat memperkatakan mengenai isu panas yang mengaitkan nama penyanyi dan pelakon popular Park Yoo Chun yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap empat orang wanita, peminat dikejutkan dengan satu lagi kahbar, pelakon terkenal, Lee Sung Gi dikatakan dalam diam sebenarnya sudah mempunyai anak.

Sejak 21 Jun lalu, tersebar di internet dan pelbagai forum mengenai dakwaan bintang drama 'You're All Surrounded' itu sudah punya seorang anak hasil hubungan intimnya dengan seorang jurusolek yang beberapa tahun lebih tua daipadanya.

Dikatakan anak tersebut kini disembunyikan di sebuah tempat rahsia dan jurusolek berkenaan yang menjaganya.

Bagaimanapun pihak label dan pengurusan Sung Gi sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan akan bemgambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

Pada 22 lalu, wakil pengurusan bintang berusia 29 tahun itu sudah membuat laporan kepada unit siasatan jenayah siber dan akan menangkap individu yang mula menyebarkan gosip tersebut.

Sementara itu, sejak hubungan dengan Yoona (anggota Girls Generation) berakhir beberapa tahun lalu, belum pernah lagi ada berita mengenai hubungan percintaan aktor itu.

Sung Gi kini sedang menjalani latihan khidmat negara sejak 1 Februari lalu dan dijangka menamatkan latihan pada 31 Oktober 2017.
Powered by Blogger.