F Ajai Tutup Sementara Restoran Kerana Ditipu Pekerja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ajai Tutup Sementara Restoran Kerana Ditipu Pekerja

Ekoran kerap berdepan masalah ditipu pekerja, komposer Ajai terpaksa menutup restorannya, Asam Pedas Hirup, di Pulau Pinang buat sementara bagi mengatur strategi baharu sebelum dibuka semula dalam masa terdekat.

Memetik laporan BH online, Ajai berkata, dia terpaksa berbuat demikian apabila kerap berdepan masalah pekerja menipu wang, selain tidak serius dalam mengendalikan restoran berkenaan.

"Biasalah, saya percaya masalah pekerja dialami oleh kebanyakan peniaga. Cuma, ia pengalaman pertama buat saya memandangkan perniagaan makanan adalah bidang yang baharu saya ceburi.

"Bayangkan, pengurus restoran curi duit, kemudian minyak yang sudah digunakan dijual tanpa pengetahuan saya.

Belum lagi masalah pekerja datang lambat. "Jadi saya mengambil pendekatan untuk tutup restoran berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan pekerja baharu," katanya

Tambah Ajai, walaupun ia dianggap sebagai pengalaman pahit, komposer yang juga penyanyi itu menjadikannya sebagai pengajaran dalam memajukan lagi perniagaannya.

Kata Ajai, dia sendiri tidak menyangka restoran yang memberi keutamaan kepada lauk asam pedas menarik perhatian ramai walaupun dibuka tidak sampai setahun.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ajai kini sibuk menyiapkan lagu baharu penyanyi Dayang Nurfaizah. Di samping itu, dia sendiri bakal muncul dengan album baharu dalam masa terdekat.
Powered by Blogger.