Ahn Jae Hyun Sedia Jadi Ayah

PASANGAN Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun yang berkahwin pada 21 Mei lalu memberitahu belum lagi diberi rezeki untuk memiliki cahaya mata.

Bagaimanapun, Jae Hyun berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Saya lebih memilih untuk menjadi seorang bapa dalam keluarga yang bahagia berbanding menjadi selebriti terkenal," ujar aktor itu.

Namun, dia akui perlu berkerja keras untuk memastikan keluarga yang ingin dibina itu hidup dalam keadaan senang.

"Saya tidak boleh berhenti daripada kerjaya ini kerana untuk membina keluarga perlu duit yang cukup agar orang-orang yang kita sayang tidak rasa kesusahan," ujarnya.
Ahn Jae Hyun Sedia Jadi Ayah Ahn Jae Hyun Sedia Jadi Ayah Reviewed by Kakigosip on 07:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.