F Ahmad Bashah rebah, dimasukkan ke ICU | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ahmad Bashah rebah, dimasukkan ke ICU

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah rebah ketika menghadiri mesyuarat jentera parti di Hotel Grand Alora, lewat petang tadi.

Sumber berkata, Ahmad Bashah dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) sejurus pengsan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekitar 7.30 malam.

Difahamkan, beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat jentera Umno Kedah yang akan dihantar membantu kempen PRK Kuala Kangsar yang dijadual berlangsung pada 7.00 malam.

Sumber berkata, keadaan beliau tidak serius namun ditahan di ICU untuk pemeriksaan lanjut.
Powered by Blogger.