F Adam Levine Tanggung Kos Pengebumian Christina | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adam Levine Tanggung Kos Pengebumian Christina

Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine menawarkan diri untuk menanggung perbelanjaan pengebumian penyanyi bintang realiti tv, Christina Grimmie yang ditembak mati ketika konsertnya yang berlangsung di Florida, Sabtu lalu.

Levine adalah mentor kepada Grimmie yang muncul tempat ketiga pertandingan nyanyian "The Voice" anjuran stesen NBC, dua tahun lalu.

Jurucakapnya Carleen Donovan mengesahkan bahawa Levine sudah menawarkan perkara itu kepada keluarga Grimmie.

Bandar kelahiran Grimmie di New Jersey akan mengadakan upacara memasang lilin hari ini sebagai tanda penghormatan terakhir kepada penyanyi berusia 22 tahun itu.

Grimmie terbunuh ketika dia menandatangani autograf peminatnya sebaik berakhirnya persembahannya bersama kumpulan Before You Exit di The Plaza Live di Orlando.

Bintang YouTube itu lahir di Evesham, sebuah komuniti yang terletak kiri-kira 20 batu dari Philadelphia, sebelum berpindah ke Los Angeles pada 2012.

Setakat ini, motif pembunuhannya masih belum diketahui. Pihak berkuasa berkata, penyanyi itu tidak mempunyai hubungan peribadi dengan lelaki yang menembaknya.

Penembak kemudian menembak dirinya sendiri selepas dijatuhkan oleh abang Grimmie selepas berlaku pergelutan.
Powered by Blogger.