F 89 Juta Pengikut Terkejut 'Status Jahat' Katy Perry di Twitter | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

89 Juta Pengikut Terkejut 'Status Jahat' Katy Perry di Twitter

Akaun media sosial Twitter milik penyanyi Katy Perry yang mempunyai 89 juta pengikut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan peminat yang pada awalnya tidak mengetahui bahawa akaun berkenaan telah digodam berasa pelik dengan status ditinggalkan penyanyi itu yang berbaur jahat dan bersifat perkauman.

Malah isu pergaduhan Katy dengan penyanyi Taylor Swift sebelum ini turut dibangkitkan kembali.

Pihak pengurusan Katy yang berjaya menghidu tindakan tersebut terus memadam status-status berkenaan selepas 15 minit ia dimuat naik.

Bagaimanapun pengodam berkenaan berjaya menyebarkan lagu terbaharu Katy yang berjudul Witness 1.3 menerusi sebuah akaun lain iaitu Sway (@sw4ylol) namun ia berjaya dipadam oleh pihak syarikat rakaman Universal Music.
Powered by Blogger.