F 4Minute Dibubarkan Selepas 7 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

4Minute Dibubarkan Selepas 7 Tahun

Kontrak kumpulan popular, 4Minute, bersama label Cube Entertainment dilaporkan bakal tamat pada hujung bulan ini. Namun apa yang mengejutkan, selepas sesi perbincangan dan pertimbangan yang panjang, pihak label akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.

Dibentuk sejak 2009, kumpulan yang dianggotai Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon, Kim HyunA dan Kwon So Hyun ini popular dengan lagu seperti Hot Issue, Volume Up, HuH dan Crazy, Hate dan Whatcha Doin

Bagaimanapun setakat ini hanya HyunA dilaporkan akan memperbaharui dan menandatangani kontrak dengan label tersebut semenara empat lagi anggota masih belum memutuskan apa-apa keputusan mereka.

"Semua anggota mempunyai perancangan masa depan yang berbeza dalam fikiran masing-masing, seperti penyanyi atau pelakon.

"Selepas lebih kurang sebulan membuat pertimbangan, mereka memutuskan bahawa sukar untuk mereka kekal sebagai sebuah kumpulan. HyunA sahaja yang akan memperbaharui kontraknya, dan sebahagian daripada mereka masih memikirkan tentang perkara tersebut, tetapi ada yang akan meninggalkan label," kata sumber.
Powered by Blogger.