F Zizi mahu jadi versatil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zizi mahu jadi versatil

NAMA Zizi AF 7 mula meniti apabila menyertai kumpulan The Fabulous Cats bersama-sama Cat Farish. Antara lagu-lagu popularnya bersama kumpulan ini adalah seperti Bawaku Terbang. Walaupun tidak lagi bersama kumpulan itu, Zizi dilihat terus melebar sayap apabila mencuba nasib dengan menyertai program terbaharu terbitan Astro iaitu Dangdut Star.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh (AF 7) ini berkata,  meskipun agak asing dalam dunia dangdut tetapi dia menyahut cabaran tersebut dengan penuh semangat.

 Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 31, dia lebih sinonim dengan muzik rap, R&B dan seumpama dengannya. Dangdut sememangnya sangat jauh daripada diri saya.

“Bagaimanapun, saya menyertai program ini kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Pendedahan kepada genre dangdut sedikit sebanyak mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Saya mahu menjadi penyanyi versatil. Mungkin sekarang kerjaya saya dalam genre biasa kurang menyerlah.

“Namun siapa tahu saya boleh pergi jauh sebagai penyanyi dangdut,” katanya mengagumi penyanyi dangdut tempatan seperti Amelina, Mas Idayu dan Sheeda.

Berkongsi cabaran sebagai penyanyi dangdut, akuinya, dangdut mempunyai sisi irama yang sangat berbeza.

“Bukan mudah menyanyikan lagu dangdut, kita perlu ada lenggok dan cangkuk yang tepat untuk menjadi penyanyi dangdut yang baik. Sementelah muzik dangdut itu sangat mendalam,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbaharunya pula, Zizi kini tidak terlibat dengan sebarang projek kini.

“Buat masa ini saya hanya mahu fokus kepada Dangdut Star,'' katanya.
Powered by Blogger.