F Zizan, AG 'buli' Mira Filzah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zizan, AG 'buli' Mira Filzah


Kehangatan kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) semakin dirasai apabila barisan artis dan petugas produksi giat membuat persiapan akhir di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebelum acara berlangsung malam esok.

Bermula jam 3 petang tadi, barisan artis termasuk empat pengacara iaitu Zizan Razak, Mira Filzah, AG dan Haiza bertungkus-lumus mencari keserasian untuk memastikan kelancaran acara yang akan dipancarkan secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9 malam.

Bahang kehangatan ABPBH 29 yang semakin dirasai membangkitkan perasaan gemuruh kepada Mira yang pertama kali diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar itu. Mira, 23, mengakui tidak mampu mempunyai perasaan gementar apatah lagi gandingannya terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

"Sebelum ini, kami hanya melakukan latihan membaca skrip, tetapi petang tadi, kami perlu menterjemahkan apa yang akan berlaku di pentas esok. Kali pertama memegang mikrofon dan berdiri di pentas ABPBH 29, saya jadi gemuruh.

"Mujur abang AG, Zizan dan kak Haiza banyak membantu saya. Mereka juga memberikan pelbagai idea dalam mencorakkan gaya penyampaian saya. Meskipun kerap dibuli AG dan Zizan, tetapi saya seronok kerana pengalaman berharga ini tidak mungkin saya dapat di pentas lain," katanya.

Sementara itu, Zizan berkata, meskipun gaya pengacaraan untuk ABPBH 29 lebih santai dan bebas namun itu tidak bermakna mereka memandang ringan setiap aspek persembahan. Tumpuan tetapi diberikan, terutama dalam memastikan aturan perjalanan ABPBH 29 supaya lancar.

"Alhamdulillah kerana setiap pengacara memahami peranan masing-masing, malah kami semua memberikan komitmen terbaik untuk memastikan ABPBH 29 tidak serabut dan huru-hara," katanya.

Bagi penyampai radio Kool FM, AG dan Haiza pula, kepuasan dalam memberikan hiburan kepada penonton menjadi agenda utama mereka.
Powered by Blogger.