F Zarul tunggu 16 tahun untuk lagu baharu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zarul tunggu 16 tahun untuk lagu baharu

Enam belas tahun selepas meninggalkan dunia muzik, akhirnya bekas vokalis Umbrella, Zarul Husin tampil dengan single solo pertama berjudul Jangan Pernah. Kembali aktif memeriahkan industri muzik sejak beberapa tahun lalu, Zarul yang masih bertugas sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS), mempertaruhkan lagu berkonsep pop rock ciptaan Aepul Roza. Jangan Pernah dikatakan mirip sentuhan Maroon 5 dan dijangka hit sebaik diputarkan stesen radio. Sebelum ini, Zarul pernah muncul dengan single duet berjudul Satu Rasa bersama Marsha. "Lagu Jangan Pernah agak berbeza dengan lagu yang pernah saya nyanyikan ketika bersama Umbrella. Ketika itu, lagu lebih terarah kepada irama balada dan pop samba atau latin. "Saya cuba pelbagaikan keupayaan diri selain membuat eksperimen. Harapan saya agak tinggi untuk lagu ini kerana optimis ia ada kekuatan tersendiri," katanya kepada BH Online. Zarul memberitahu, dia mahu lagu terbaharunya itu relevan dengan kehendak pasaran sekarang. "Susunan muziknya lebih segar. Secara peribadi, saya gemar kepada bahagian korus lagu ini yang sangat catchy dan ada tarikan tersendiri," katanya. Mengenai kisah di sebalik single Jangan Pernah, Zarul memberitahu, lagu itu berkisar seorang lelaki yang risau kehilangan kekasih. "Lelaki itu mengharapkan kekasihnya terus setia hingga ke akhir hayat," katanya yang pernah mendapat tawaran menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) sebanyak dua kali tetapi terpaksa ditolak kerana komitmen kerja di awan biru.


Powered by Blogger.