F Zalif Sidek Respon Dakwaan Mengamuk di Lapangan Terbang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zalif Sidek Respon Dakwaan Mengamuk di Lapangan Terbang

Terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya, pelakon dan pelawak Zalif Sidek, 31, mengakui terkilan dengan gosip kononnya baru-baru ini dia mengamuk di sebuah lapangan terbang dalam negeri.

Memetik laporan BH online, Zalif menyifatkan perkara itu sebagai tuduhan melampau dan merasakan seakan-akan penulis berkenaan mempunyai isu peribadi terhadapnya kerana saiz tubuh serta kisah silamnya turut diheret sama.

Lebih mengecewakan katanya, apabila penulis bukan hanya menuduhnya 'buat perangai' malah wartawan itu juga melabel dirinya sebagai 'sendu' tanpa mengetahui perkembangan terbaharu serta membuka aib mengungkit kisah percintaan lalu.

"Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa. Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

"Saya memahami tugas wartawan yang mencari berita tetapi jenis sebegini belum pernah saya jumpa tambahan pula saya juga mempunyai hubungan baik dengan editornya.

"Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras, saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk.

Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik," katanya mengulas mengenai cerita di ruangan pojok hiburan sebuah akhbar tempatan yang diterbitkan pada Selasa lalu.
Powered by Blogger.