F Zaki Ismail Caliph Buskers patah tangan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zaki Ismail Caliph Buskers patah tangan

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Zaki Ismail, 37, berdepan detik mencemaskan apabila terjatuh ke atas landasan monorel di Stesen Monorel Tun Sambanthan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Zaki yang cacat penglihatan terjatuh dari ketinggian lebih satu meter dari platform stesen berkenaan ke atas landasan menyebabkan dia mengalami patah tangan kanan dan luka di beberapa bahagian badan.

Zaki ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan sedang menunggu monorel untuk ke stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran.

“€œKetika itu saya mendengar bunyi monorel tiba dari arah platform tempat saya menunggu. Apabila monorel itu berhenti, tanpa berfikir panjang saya terus melangkah untuk masuk ke dalamnya.

“€œSebaik melangkah, tiba-tiba saya terus terjatuh ke atas landasan. Rupa-rupanya monorel yang tiba itu berhenti di platform bertentangan, bukannya di tempat saya menunggu,”€ katanya kepada Harian Metro.

Zaki berkata, dia juga terpaksa menahan kesakitan selama hampir 20 minit sebelum dibantu orang ramai. Ismail kemudian dibawa dengan ambulans ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Difahamkan, ketika kejadian tidak ada pengguna lain di stesen berkenaan.

Ismail berkata, dia juga bersyukur apabila tidak ada monorel yang melalui stesen berkenaan ketika dia terjatuh di situ.
Powered by Blogger.