F Yuna mohon maaf kepada peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yuna mohon maaf kepada peminat

Penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yunalis Zarai atau Yuna memohon maaf kepada individu yang menegur cara pemakaiannya, baru-baru ini selepas dikritik peminat kerana memberi komen balas kepada remaja terbabit. Yuna berkata, dirinya tidak menyangka komen balas yang dimuat naik menerusi Twitter menjadi viral hingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. "Minta maaf kerana perkara ini menjadi viral. Saya sebenarnya tidak berniat menjadikannya sebagai isu besar. Saya sayangkan kamu dan berharap kamu akan menjadi insan yang berjaya. "Selamat berjaya untuk segala-galanya sayang. Ingatlah untuk menjadi seorang yang terbaik dan tidak bercakap buruk terhadap orang lain," luah Yuna menerusi Twitter. Terdahulu, Yuna telah menegur seorang remaja kerana menggunakan perkataan 'kamu' ketika memberi nasihat mengenai cara pemakaian penyanyi itu. Tindakan Yuna itu menyebabkan remaja berkenaan teruk dihentam netizen. Beberapa hari selepas insiden itu, Yuna bagaimanapun memohon maaf kepada individu terbabit kerana tidak menyangka komen balasnya menjadi viral. Permohonan maaf Yuna itu turut dibalas semula oleh remaja terbabit dengan menyifatkan perkara itu sudah berlalu, malah sekali lagi meminta maaf kepada penyanyi berkenaan. "Tidak apalah, benda sudah terjadi. Saya meminta maaf sekali lagi," katanya. Yuna yang berada di Los Angeles (LA), AS kini dalam rangka persembahan jelajah di 15 lokasi termasuk Eropah merangkumi kota seperti Berlin, Amsterdam, Paris, New York dan LA.


Powered by Blogger.