F Yuna dipilih nyanyikan lagu Sukan Olimpik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yuna dipilih nyanyikan lagu Sukan Olimpik

PENYANYI antarabangsa berasal dari Malaysia Yunalis Zarai atau Yuna, 29 dipilih menjadi salah seorang penyanyi untuk menyanyikan lagu promo Sukan Olimpik 2016 bersama pemenang anugerah Grammy Lenny Kravitz.

Lagu berjudul The Fire turut akan dinyanyikan bersama penyanyi lain iaitu Diogo Nogueira dari Brazil, Nneka dari Nigeria serta Corrine Bailey Rae dari Britain.

Menerusi laman Facebook milik penyanyi itu, Yuna berkata, dia berbesar hati dapat bersama-sama menyanyikan lagu itu.

"Saya begitu berbesar hati untuk menjadi sebahagian kempen mereka. Ia adalah menyeronokkan dapat bekerja dengan mereka untuk lagu ini," katanya.

Yuna kini makin mendapat tempat di Amerika Syarikat dan terbaharu lagu dendangannya bersama Usher, berjudul Crush berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R &B Songs di AS minggu ini.
Powered by Blogger.