F Yazit enggan mohon maaf, akan buat satu lagi laporan polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yazit enggan mohon maaf, akan buat satu lagi laporan polis

Pemain dram Search, Yazit Ahmad, enggan memohon maaf dan menarik balik laporan polis yang mendakwa kumpulan itu melakukan pecah amanah seperti yang dituntut anggota lain band rock itu, semalam. Tegas Yazit, 54, beliau bersama wakil peguamnya akan membuat laporan polis yang kedua terhadap kumpulan itu, petang ini. "Tiada sebab untuk saya minta maaf. Search berhak untuk mengenakan apa juga tindakan terhadap saya. Saya tetap akan meneruskan laporan polis (yang dibuat 4 Mei lalu) dan akan menambah satu lagi laporan terbaharu terhadap mereka, petang ini. "Buat masa ini saya belum bersedia untuk menjelaskan bentuk laporan itu kerana mahu mengikut lunas perundangan yang betul," katanya pada sidang media khas di sini, sebentar tadi. Hadir sama wakil peguamnya, Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkufli. Yazit turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap dalang yang cuba untuk menafikan haknya dalam urusan pembayaran wang pendahuluan Konsert Search 35 Tahun, yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos depan. "Saya mendapat tahu ada anggota kumpulan itu yang meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama penganjur, iaitu Afjet Sdn Bhd. "Hasil siasatan saya juga mendapati kumpulan Search sudah pun menerima bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000, iaitu RM18,750 setiap orang, sedangkan saya tidak menerima sesen pun. "Jika benar duit itu digunakan untuk tujuan promosi seperti didakwa, kenapa cek bayaran itu dikeluarkan atas nama individu," soal Yazit. Ditanya apakah beliau akan beraksi dalam konsert itu selepas berlakunya kemelut ini, Yazit mengaku dirinya sudah pun tawar hati. "Untuk apa saya bermain kalau nanti akan ada yang memaling muka dan duduk berkelompok. Saya tidak suka hipokrit. "Walaupun saya tidak bermain, tetapi saya tetap mahukan bahagian (bayaran) saya kerana saya adalah pengasas Search dan juga ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan GoSearch," katanya.


Powered by Blogger.