F Yatt Hamzah hamil dua bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yatt Hamzah hamil dua bulan

Pelakon Yatt Hamzah mengesahkan hamil dua bulan hasil perkahwinan keduanya bersama juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, pada 27 Februari lalu. Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, berkata, dia menyedari dirinya berbadan dua kira-kira tiga minggu lalu. "Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil. "Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar," katanya kepada BH Online. Yatt ditemui pada majlis pelancaran Felinna Raya 2016 di Flora Tarrace di sini, petang tadi. Turut hadir, pasangan selebriti Atita Haris dan Nas-T. Yatt bagaimanapun mengakui sudah lama menunggu untuk menambah zuriat. Anak pertamanya, Suci Hanania Malika kini berusia 6 tahun. "Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. "Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. "Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati," katanya. Yatt berkata, dia lebih berhati-hati apabila baru-baru ini mengalami sedikit pendarahan. "Saya dinasihatkan untuk lebih banyak berehat," katanya. Sebelum ini, Yatt berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009. Namun, mereka bercerai pada 25 Ogos lalu.


Powered by Blogger.