F Yana Samsudin hamil 7 bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Yana Samsudin hamil 7 bulan

SUAMI kepada aktres popular tanah air, Fadzil Zahari melahirkan rasa syukur isterinya, Yana Samsudin kini sedang hamil tujuh bulan.

Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, Fadzil menerusi Instagramnnya berharap, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan mereka suami isteri.

"Alhamdulillah isteri @yanasamsudin sudah mengandung tujuh bulan, syukur perkembangan setakat ini isteri dan baby sihat.

"Harapnya ALLAH Taala permudahkan perjalanan kami ini hingga saat melahirkan nanti, Abang doakan hangpa semua juga sihat walafiat dan sentiasa dilimpahkan rezeki... Amin," tulis Fadzil.

Yana dan Fadzil berkahwin pada 13 Februari tahun lalu.
Powered by Blogger.