F X-Men 'reboot' tampil gandingan baharu & lama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

X-Men 'reboot' tampil gandingan baharu & lama

SELEPAS X Men: First Class (2011), Days of Future Past (2014), FOX dan Marvel Entertainment kembali dengan sekuel ketiga, Apocalypse, dalam siri filem manusia mutasi (mutant) X-Men.

X-Men: Apocalypse mengisahkan konflik dan perang dimulakan oleh En Sabah Nur iaitu mutant pertama dunia dan yang paling berkuasa bangkit dari makamnya di Mesir.

Sabah Nur percaya hanya mutant yang boleh menguasai dunia dan mengajak mutant lain menghapuskan manusia biasa.

Charles Xavier atau Prof X dan bersama Raven/Mystique, Jean Grey, Beast, Nightcrawler, Scott, Quicksilver dan Storm cuba menghentikan niat jahat En Sabah Nur.

Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1983 ini diarahkan oleh Bryan Singer, pengarah yang tidak asing lagi dengan filem X-Men. X-Men: Apocalypse dibintangi James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy dan Kodi Smit-McPhee.

Bagi anda yang mungkin bukan pengikut tegar X-Men, jangan bimbang, filem ini adalah karya yang tepat untuk anda lebih mengetahui dan mengenali setiap karakter yang ada di dalam filem X-Men.

Biarpun tidak menampilkan keseluruhan pelakon asal, tapi gandingan pelakon lama dan baharu ini dilihat cukup menarik.

X-Men: Apocalypse yang juga merupakan karya reboot ini, sedikit sebanyak dikaitkan dengan filem X-Men : Days of Future Past (2014), di mana Logan / Wolverine telah merentasi masa, banyak sejarah telah berubah dan kebanyakan karakter mutant turut berbeza dari filem X-Men terdahulu.

Ini membolehkan mutant yang telah mati dalam filem terdahulu muncul kembali seperti Cyclops, Jean Grey, Storm, Angel, dan Nightcrawler.

Aksi mantap

Biarpun filem ini agak perlahan pada permulaannya, namun babak aksi di dalam filem ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Meskipun ada beberapa babak CGI (Imej Janaan Komputer) yang tampak kurang kemas, namun ia tidka menjejaskan mood untuk menonton filem ini.

Bagaimanapun pertempuran demi pertempuran tentunya akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Apa yang pasti, akan ada kemunculan watak yang anda rindukan dan disebabkan ia karya dari Marvel, maka nasihat penulis, jangan keluar dari panggung sehingga tamat kredit akhir.

Seperti biasa, akan ada sedutan istimewa buat anda mengenai filem yang akan datang.


Powered by Blogger.