F Wings bukti band masih relevan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wings bukti band masih relevan

Kejayaan kumpulan rock otai, Wings merangkul trofi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) malam tadi membuktikan band berusia 31 tahun itu terus unggul dan relevan. Vokalisnya, Awie memberitahu, mereka tidak ralat jika trofi itu gagal digenggam berikutan akur dengan konsep anugerah berorientasikan populariti dan pilihan peminat. "Jika diikutkan faktor usia, peminat kami mungkin sudah tidak ambil pusing untuk membeli akhbar dan menanda kami. Alhamdulillah, kami masih tercalon dan menang pula, ...ini petanda yang baik buat kami. "Sebenarnya, kami tidak ralat jika tidak menang kerana akur dengan adat pertandingan apatah lagi tercalon bersama band yang yang jauh lebih muda. "Namun, ini membuktikan kami masih relevan dan boleh bertahan 20 tahun lagi," katanya kepada BH Online. Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, berkata kemenangan Wings mungkin disebabkan bahang konsert ulang tahun ke-30 band berkenaan. Awie menjelaskan, anggota kumpulan Wings yang lain tidak dapat hadir pada ABPBH 29 kerana giat berlatih menjelang konsert di Sungai Golok, Sabtu ini.


Powered by Blogger.