Wanita Muncul Tuntut Harta Mendiang Prince

SEORANG wanita muncul mengakui dirinya waris kepada mendiang penyanyi legenda Prince bagi menuntut harta lelaki yang meninggal dunia secara mengejut pada 21 April lalu itu.

Wanita bernama Darcell Gresham Johnston membawa dokumen tuntutan dan menyebut dirinya berhak terhadap harta warisan Prince.

TMZ melaporkan wanita berkenaan mendakwa dia dilahirkan daripada ibu yang sama iaitu Mattie Shaw.

"Pihak keluarga baru mengetahui tentang Darcell beberapa hari yang lalu," ujar sumber.

Sementara itu, sejak kematian tersebut, dilaporkan pihak keluarga mendiang sendiri berebut harta yang ditinggalkan penyanyi itu.

Mereka juga merancang membawa masalah pembahagian harta ini ke pihak pengadilan mahkamah.
Wanita Muncul Tuntut Harta Mendiang Prince Wanita Muncul Tuntut Harta Mendiang Prince Reviewed by Kakigosip on 06:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.