F Wani Kayrie Tidak Pernah Abai Pelajaran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wani Kayrie Tidak Pernah Abai Pelajaran

Penyanyi remaja Wani Kayrie tidak pernah mengabaikan pelajarannya di sekolah meskipun sibuk dengan aktiviti nyanyian.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 16, berkata, dia akan memastikan hanya mengambil undangan nyanyian pada hujung minggu selain aktiviti promosi selepas tanat waktu persekolahan.

"Kebanyakkan undangan nyanyian syarikat rakaman saya iaitu SRC aturkan pada hujung minggu sahaja.

"Jika ada pada hari biasa pun selepas waktu persekolahan dan tidak menggangu pelajaran di sekolah.

"Tahun depan saya akan ambil SPM jadi kena beri perhatian lebih pada pelajaran namun Alhamdulillah setakat ini karier nyanyian tidak menggangu pembelajaran saya," katanya kepada mStar Online.

Wani ditemui pada sidang media drama bersiri Strawberi & Karipap musim ketiga di Bangsar Village di sini, Jumaat.

Single nyanyiannya iaitu Jangan Jangan menjadi lagu tema drama bersiri yang dibintangi oleh Fouziah Gous, Hisyam Hamid, Rykarl Islandar, Mia Sara dan Zizan Nin.

Ia telah pun menemui penonton pada 7 Mei lalu di saluran Astro Ceria dan Maya HD pada setiap hari Sabtu, 11 pagi.

Dalam perkembangan lain, Wani berkata, dia baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berteman Biasa hasil ciptaan Zul 2 By 2.

Malah kata Wani, dia juga dijangka akan tampil dengan album sukungnya pada penghujung tahun ini.

"Lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan ada lima kesemuanya dan baki tiga lagi lagu adalah kesibambungan daripada dua single yang telah dilancarkan.

"Ia seperti sebuah konsep album yang mempunyai jalan cerita tersendiri," katanya.

Tambah Wani, dia juga sedang giat mengasah bakatnya dalam bidang penulisan lirik dan memasang angan-angan untuk menyanyikan lagu hasil ciptaannya sendiri.

"Ibu banyak mendorong saya memandangkan dia juga seorang penulis lirik namun buat masa ini saya masih berlatih untuk menghasilkan lirik yang baik.

"Saya tidak hanya mahu menyanyi tetapi ingin lebih terlibat dalam proses penciptaan sesebuah lagu pada masa akan datang," ujarnya.
Powered by Blogger.