F Wani Kayrie dikritik tampak lebih tua daripada usia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wani Kayrie dikritik tampak lebih tua daripada usia

Penyanyi remaja, Wani Kayrie mengaku ramai peminat mengkritik penampilannya yang dikatakan tidak sesuai dengan usia sejak popular dengan lagu Jangan-Jangan, tahun lalu. Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 17, berkata, perkara itu membuatkan dia belajar dan mengikuti perkembangan dunia fesyen. "Bukan mudah untuk seorang remaja berfesyen. Umur saya masih muda. Idea seorang remaja dalam berfesyen sentiasa berubah-ubah kerana kita masih lagi tercari-cari imej sesuai. "Apabila ada yang mengkritik pemakaian saya, saya terima dengan hati terbuka. Saya cuba belajar menerusi internet dalam mendapatkan imej yang sesuai buat diri saya," katanya kepada BH Online. Tambah pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman itu, dia juga sering dikritik gara-gara solekannya yang dikatakan terlalu matang. Sehubungan itu, Wani meluangkan masa setiap hari dengan membuat latihan bersolek menerusi tutorial di laman Youtube. "Inspirasi saya lebih ke arah Kpop. Ini kerana cara solekan itu menampakkan selebriti Korea lebih muda daripada usia. "Jadi saya belajar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, ada peminat yang memberitahu solekan saya semakin meningkat baik," katanya.


Powered by Blogger.